Menu
Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem) KesinambunganPada 2012, kesinambungan filem ini telah diumumkan dengan Mamat Khalid kembali menduduki kerusi pengarah dan menulis skrip. Untuk filem ini, watak Kak Limah lakonan Delimawati, Usop Wilcha (Syh8), Pak Jabit (Man Kadir) dan pak Abu (Zami Ismail) masih dikekalkan. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Hutan Ulu Kenas, Taiping.[12] Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan pada 7 Februari 2013.[13]
Kesinambungan ketiga Hantu Kak Limah telah diumumkan secara rasmi oleh Gayatri Su-Lin Pillai pada Februari 2013, beliau dipetik sebagai berkata: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,”[14] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak. Untuk filem ini, Kampung Pisang telah digugurkan. Hantu Kak Limah 3 ditayangkan pada 9 Ogos 2018 dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak 32.5 juta[15] dan ini membuatkan filem ini sebagai filem yang pecah panggung paling banyak buat masa sekarang.
Menu
Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem) KesinambunganBerkaitan
Hantu Hantu Kak Limah Hantu Kak Limah Balik Rumah Hantu dalam masyarakat Melayu Hantu raya Hantu Kak Limah (siri filem) Hantu Kapcai Hantu kopek Hantu Bonceng Hantu bungkusRujukan
WikiPedia: Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem)